The beginning

The beginning

Friday, 30 March 2012

Panggilan dari Tanah Suci..

6-18 Mac 2012.. Tarikh ini pasti akan saya simpan dalam diary hidup saya seumur hidup.. Hari saya bersama Mama, Kakak dan Nadine berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah.. Subhanalllah.. Alhamdulillah..

Rasa gembira dalam hati saya ketika tu sukar digambarkan.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Rasa tenang dan bahagia.. Orang yg kerap alpa dan lalai dengan dunia seperti saya ini diberikan peluang menjejak kaki ke Tanah Suci benar2 membuat saya terharu.. Masih ada kasih sayang dari-Nya untuk hamba-Nya seperti ku.. Subhanallah..




Pandangan di hadapan Pintu 1 Masjidil Haram.. Cuba bayangkan betapa besar masjid ini dengan lebih kurang 90 pintu kesemuanya..



Hati kan tenang hanya dengan melihat rumah Allah ini.. Lambang kebesaran ini membuat saya amat bersyukur dengan nikmat Islam.. Alhamdulillah..

~ Suasana di Perkarangan Masjidil Nabawi ~

Ziarah ke Tanah Suci Madinah benar membangkitkan rindu pada Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W... Negeri yang jadi saksi perjuangan Baginda bersama Kaum Kerabat dan Para Sahabat Baginda..


~ Bukit Uhud.. Di mana peperangan Uhud menyaksikan syahidnya tentera Islam termasuklah Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah S.A.W dalam memperjuangkan syiar ISLAM.. ~

~ Pekerja2 yang membersihkan Masjidil Haram. Meski kerja mereka ini berat dengan pendapatan yang entah berapa, tapi ada kemuliaan dan penuh berkat, Insyaallah.. Siapa tahu di dunia mereka membersihkan Rumah Allah, di akhirat sana mereka beroleh rumah di syurga.. ~

(Selalunya mereka membersihkan perkarangan masjid selepas waktu Asar)


~Mama ketika mengambil air Zam Zam... Rindu minum air ni.. Sejuk lagi menyegarkan... ~


~Bukit Safa (kiri) dan Bukit Marwah (kanan)~

"Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah lambang syiar agama Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengerjakan Haji ke Baitullah ataupun Umrah, maka tiada dosa baginya mengerjakan sa'ie di antara keduanya. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan dengan ikhlas, sesungguhnya Allah Maha Menyukai Kebaikan dan Maha Mengetahui" (Surah al-Baqarah, ayat 158)

Doa ini dibaca ketika mula menaiki Bukit Safa dan Bukit Marwah. Sebelum menjejak kaki ke sana, saya tidak tahu tempat sa'ie ini terletak di dalam bangunan Masjidil Haram. Jika dibandingkan dengan keadaan sekarang dan dahulu (diwaktu Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s. ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s.) keadaan skrg sudah jauh berubah.. tempat ini berbumbung dan berpenghawa dingin.. Terbayang sejenak keadaan Siti Hajar yang berlari-lari di terik panas mencari air untuk anaknya, Maha Pengasih Allah mengeluarkan air zam zam untuk mereka.. Subhanallah..  

 
Siapa saya yang kerdil ini jika dibandingkan dengan kasih sayangNya.. Layakkah saya?? Layakkah kita??



Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya


Quote blog CahayaMukmin @ http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/06/kasih-sayang-allah.html#ixzz1qgF9GloR


P/s: Jangan pernah mempertikaikan kasih sayang DIA.. Kitalah yg patut mencari CINTA-NYA..

~Masih menyimpan niat untuk pergi lagi ke Tanah Suci.. Insyaallah.. ~

No comments:

Post a Comment