The beginning

The beginning

Friday, 3 August 2012

Cemburu padanya..

Aku mendapat berita dia sudah mengandung.. Ya Allah, hatiku cemburu lagi..  Terasa baru kemarin suara itu terngiang2..

"Dayang lupakan lah abg ya.. abg mau kawin dengan orang lain tak lama lagi ni.."



Iya seperti baru kemarin.. Tanpa ku sedar rupanya suda hampir setahun.. Dia ucapkan pada bulan Ramadhan tahun lepas, dan pada bulan mulia ini jga aku mendengar berita mereka bakal menimang cahaya mata..

Semuanya terlalu cepat berlalu.. tnpa aku sedari, sudah setahun aku hidup dengan bayang2 nya.. Hati yang lemah ini menangis lagi.. Rasa cemburu ini begitu perit menggigit rasa.. Tiada daya menahan, air mataku gugur lagi..

Kenapa dia? Apa salah ku?
Kenapa dia boleh bahagia? kenapa tidak aku?
Kenapa dia buat aku begini? kenapa aku biar dia buat begini padaku..

Astagfirullah.. astagfirullah..

"Ampun kan hati ini Ya Allah.. Kalau perkahwinan mereka itu bukan seperti yang aku mahu, boleh jadi juga perkahwinan itu bukan seperti yang mereka mahu.. Melainkan semuanya atas kemahuan-Mu.. Mereka bahagia kerana mereka bersyukur dengannya, sedangkan aku berdosa kerana mempersoalkan nya.. ampunkan hati ini Ya Allah.."


Tidak apa.. Semua ini kan sementara.. Paling lama pun aku dapat hidup d dunia ini mungkin dalam 80 tahun lagi..itu yang paling lama.. Mungkin juga esok aku sudah dijemput menemuiNya.. Jadi kenapa harus bersedih pada perkara sementara... Patutnya aku sibuk menyiapkan bekalan utk aku menemui-Nya.

"Ya Allah, pandulah hati ku... Tetapkanlah iman ku.. Jangan Engkau biarkan aku yang lemah sendirian dalam mengemudi hati dan nafsu yang serba tidak puas ini.. Hapuskan lah rasa cemburu yang sia-sia ini Ya Allah.."


Hamba-Mu yang lemah

~ Alhamdulillah.. ini hatiku yang baru selepas mengadu pada-Nya.. ~


eXTRA FOR MY peepERs

~hayati lagu ini...~


Hidup di dunia
Hanya sebentar saja
Bila duka
Bila tawa
Smoga hati kembali padaNya

Waktu yang berlari
Takkan pernah bisa
Kembali lagi

Bila perih
Bila sedih
Airmata bukan segalanya

Hanya hamba allah yang selalu berserah
Hanya hamba allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada dia semua bermuara

Detik waktu kan berlalu

Suka duka kan berlalu

Tiadalah semua

abadi

tangis tawa airmata
Semuakan berlalu dan pergi

Hanya pada Allah
Hati kan berserah

Hanya pada Allah
Jiwa kan berpasrah

Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada dia semua bermuara

Hanya hamba allah yang selalu berserah
Hanya hamba allah yang selalu berpasrah

Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada dia semua bermuara

Hanya pada Allah hati kan berserah
Hanya hamba Allah jiwa kan berpasrah
Karna segalanya bergantung pada Nya
Hanya pada dia semua bermuara

Semua kan bermuara ...
huu ..
oo .. oo ..
hoo ..
huu ...




No comments:

Post a Comment